Banci Malaysia 2020 diteruskan secara dalam talian

Mohd Uzir
Mohd Uzir
A
A
A

SHAH ALAM - Operasi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020) diteruskan secara dalam talian (e-Census) dan pengumpulan data menggunakan kaedah ‘Computer Assisted Telephone Interview’ (CATI).

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, keputusan tersebut diambil bagi menyokong usaha kerajaan dalam memutuskan rantaian penularan jangkitan pandemik Covid-19.

“Justeru, banci dalam talian (e-Census) dan pengumpulan data menggunakan kaedah ‘Computer Assisted Telephone Interview’ (CATI) akan diteruskan sehingga semua penduduk Malaysia dibanci atau liputan penuh dapat dicapai,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, berdasarkan respons yang diterima sehingga kini, seramai 22.5 juta atau 68.9 peratus daripada anggaran 32.7 juta penduduk Malaysia pada tahun 2020 telah direkodkan dalam Banci Malaysia 2020.

“Justeru orang ramai yang masih belum membuat pengisian banci diseru memberikan kerjasama dengan mengisi maklumat melalui e-Census atau sistem panggilan telefon CATI,” katanya.

Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, sila layari portal www.mycensus.gov.my atau berhubung terus dengan pejabat DOSM negeri berdekatan.

Artikel Berkaitan: