Kereta BMW terbabas rempuh kedai

Kereta BMW merempuh sebuah kedai makan akibat terbabas di Bidor pada Jumaat. Foto: PDRM
Kereta BMW merempuh sebuah kedai makan akibat terbabas di Bidor pada Jumaat. Foto: PDRM
A
A
A

TAPAH - Seorang lelaki cedera ringan apabila kereta BMW yang dipandunya terbabas hingga merempuh kedai makan di KM 68 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur di Bidor di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian sekitar jam 11.30 malam, lelaki berusia 37 tahun itu dalam perjalanan dari Bidor menghala ke Tapah.

"Kenderaan terbabit terbabas melanggar tiang lampu di tepi jalan hingga patah sebelum terperosok masuk ke dalam kedai makan.

"Siasatan lanjut mendapati punca kemalangan adalah terbabas sendiri. Ketika siasatan, pemandu berkenaan tiada di tempat kejadian sehinggalah laporan polis dibuat pada jam 12 tengahari di Balai Polis Bidor," katanya.

Menurutnya, kenderaan terlibat ditahan untuk pemeriksaan pihak Puspakom dan kes diklasifikasikan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Artikel Berkaitan: