PKP di lima daerah di Kedah

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di lima daerah di Kedah iaitu Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim selama 14 hari bermula Sabtu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia hasil nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung trend peningkatan kes positif Covid-19 di daerah terbabit.

Menurutnya, KKM mengesahkan sebanyak 709 kes aktif direkodkan di kelima-lima daerah tersebut selepas berlaku penularan jangkitan melibatkan beberapa kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes di mukim, daerah atau zon dalam tempoh dua minggu sehingga Khamis.

"Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKP di lima daerah tersebut seperti yang dinyatakan berkuat kuasa 1 Mei sehingga 14 Mei 2021.

"Pelaksanaan PKP ini bertujuan untuk menyekat penularan jangkitan Covid-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain memandangkan kebolehjangkitan, kapasiti kesihatan awam, makmal dan hospital di Kedah semakin meningkat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, bagi tempoh yang sama, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kg Skim Cocos; SMK Madai di Kunak, Sabah serta Kg Sagah, di Kuching, Sarawak.

Manakala, PKPD di Sekolah Menengah Sains Machang, Kelantan dilanjutkan sehingga 14 Mei.

Artikel Berkaitan: