Tiga beranak maut SUV bertembung bas

Keadaan kenderaan dinaiki mangsa yang remuk pada bahagian hadapan selepas terbabit kemalangan dengan sebuah bas di kilometer 25 Jalan Paka - Al-Muktafi Billah Shah dekat Bandar Ketengah Jaya, di sini pada Selasa.
Keadaan kenderaan dinaiki mangsa yang remuk pada bahagian hadapan selepas terbabit kemalangan dengan sebuah bas di kilometer 25 Jalan Paka - Al-Muktafi Billah Shah dekat Bandar Ketengah Jaya, di sini pada Selasa.
A
A
A

DUNGUN - Tiga beranak maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas di kilometer 25 Jalan Paka-Al-Muktafi Billah Shah dekat Bandar Ketengah Jaya di sini pada Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Ketengah Jaya 2, Mohd Zuki Yusof, 44, dan isteri, Nur Farraheeda Ali Khan, 41, yang merupakan Penolong Pegawai Tadbir Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) meninggal dunia di lokasi kejadian.

Anak pasangan itu, Nasyreen Umayra Mohd Zuki, 10, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya pada jam 6.20 petang manakala seorang lagi anak mereka, Damia Irdina, 13, mengalami kecederaan parah dan kini dirawat di Hospital Dungun.

Difahamkan kemalangan itu berlaku apabila SUV jenis Subaru XV yang dipandu Mohd Zuki dari arah Paka hilang kawalan ketika melalui selekoh menyebabkan kenderaan tersebut bertembung dengan sebuah bas dari arah bertentangan.

Kejadian itu menyebabkan Mohd Zuki dan isterinya tersepit di tempat duduk masing-masing dan terpaksa dikeluarkan oleh sepasukan anggota bomba yang tiba tidak lama kemudian.

Lokasi kemalangan melibatkan sebuah SUV bertembung dengan sebuah bas di kilometer 25 Jalan Paka - Al-Muktafi Billah Shah dekat Bandar Ketengah Jaya, di sini pada Selasa.
Lokasi kemalangan melibatkan sebuah SUV bertembung dengan sebuah bas di kilometer 25 Jalan Paka - Al-Muktafi Billah Shah dekat Bandar Ketengah Jaya, di sini pada Selasa.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bandar AMBS, Penolong Penguasa Bomba, Zul Husni Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.14 petang sebelum enam anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba, dua mangsa didapati telah meninggal dunia manakala dua anaknya dikeluarkan oleh orang awam.

Artikel Berkaitan:

"Pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk bahagian hadapan," katanya.

Kemalangan tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.