Surat kebenaran bekerja hanya boleh dikeluarkan kementerian berkaitan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Surat kebenaran perjalanan untuk bekerja yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terbatal mulai 1 Jun ini serentak dengan hari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya (total lockdown).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua pekerja di sektor perkhidmatan yang dibenarkan bekerja, sebaliknya, perlu mendapatkan surat kebenaran baharu dari kementerian berkaitan.

"Dengan pelaksanaan PKP, semua surat kebenaran perjalanan untuk bekerja yang dikeluarkan oleh MITI adalah terbatal mulai 1 Jun 2021.

"Permohonan baharu bagi kebenaran perjalanan perlu dikemukakan kepada kementerian-kementerian yang berkaitan. Menteri Kanan Kerja Raya (Infrastruktur), Datuk Seri Fadillah Yusof akan mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berhubung surat kebenaran pergerakan pekerja esok," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Ahad.

Artikel Berkaitan: