'Pas parti yang ada nilai'

Ahmad Fadhli
Ahmad Fadhli
A
A
A

PORT DICKSON - Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan parti itu kini mempunyai nilai tinggi apabila UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu bekerjasama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurutnya, situasi itu sekalipun tidak memperlihatkan Pas berada dalam keadaan tersepit tetapi ia adalah parti yang dipercayai.

"Saya tidak melihat Pas dalam keadaan tersepit. Tapi saya lihat Pas jadi sebagai parti yang jadi rebutan ramai.

"Dalam hal ini, saya kira Pas akan bertindak sebaik mungkin untuk jadikan persefahaman politik ini (antara Pas, Bersatu dan UMNO) sebagai satu kenyataan dan tidak akan terjadi pertembungan tiga penjuru," katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika ditanya menjelaskan pendirian Pas dalam soal permuafakatan UMNO, Pas dan Bersatu dalam menghadapi PRN Melaka.

Menurutnya, beliau difahamkan Pas Pusat akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat berhubung perkara itu.

Ujarnya, beliau yakin akan ada jalan keluar dalam situasi itu kerana UMNO sebelum ini telah pun menyatakan persetujuan untuk tidak berlaku pertembungan tiga penjuru pada PRN Melaka.

"Saya yakin bahawa akan berlaku jalan keluar kerana akhirnya ia akan berakhir di meja rundingan.

Artikel Berkaitan:

"Pemuda Pas juga telah meluluskan usul yang kita akan

sentiasa berdiri teguh dengan pendirian yang diputuskan oleh institusi Presiden.

"Maknanya, jika keputusan telah dibuat, tidak ada lagi kata-kata lain atau pandangan kedua. Apa saja keputusan diputuskan itu sudah ambil kira semua senario yang sudah berlaku," katanya.

.