Penambahbaikan terma CSP, CSB untuk manfaat rakyat: TNB

Pengguna kini boleh menikmati manfaat kos permohonan bekalan elektrik yang lebih rendah berikutan penambahbaikan terhadap terma dan syarat CSP dan CSB oleh kerajaan. Gambar hiasan
Pengguna kini boleh menikmati manfaat kos permohonan bekalan elektrik yang lebih rendah berikutan penambahbaikan terhadap terma dan syarat CSP dan CSB oleh kerajaan. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Pengguna kini boleh menikmati manfaat kos permohonan bekalan elektrik yang lebih rendah berikutan penambahbaikan terhadap terma dan syarat Caj Sambungan Pengguna (CSP) dan Caj Sambungan Beban (CSB) oleh kerajaan.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan berkata, mereka yang memohon bekalan elektrik adalah tertakluk kepada bayaran CSP, manakala CSB terpakai kepada Pelanggan Kuasa Besar (LPC) yang mendapat bekalan melalui voltan sederhana dan tinggi.

“Ini bagi mengelakkan Kehendak Maksimum (KM) diisytihar secara berlebihan oleh pengguna semasa permohonan berbanding beban sebenar yang diperlukan.

“Pengisytiharan KM yang berlebihan akan menyebabkan pembaziran kapasiti penjanaan serta peningkatan kos penjanaan dan penghantaran yang perlu ditanggung oleh pengguna lain,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Mengulas lanjut TNB berkata, bagi pengguna kediaman, mereka yang memohon bekalan elektrik baharu secara individu hanya dicajkan berdasarkan beban yang dipohon sahaja.

Kenyataan TNB pada Jumaat.
Kenyataan TNB pada Jumaat.

TNB berkata, tiada caj tambahan dikenakan bagi penyambungan bekalan sehingga 200 tiang pertama atau enam kilometer dengan penjimatan sehingga RM39,400.

“Bagi penyambungan melebihi 200 tiang atau enam kilometer pula, mereka perlu membayar caj berdasarkan beban yang dipohon dan kos kabel yang diperlukan untuk jarak yang melebihi enam kilometer sahaja mengikut harga yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, bagi permohonan bekalan elektrik yang memerlukan pembinaan pencawang, caj 50 peratus bagi kos pembinaan pencawang baharu yang dikenakan sebelum ini telah pun dimansuhkan,” jelas kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, TNB berkata, permintaan atau keperluan khas pengguna yang melibatkan skop kerja dan pemasangan tambahan di luar spesifikasi biasa TNB turut dikekalkan.

“Selain itu, terma dan syarat baharu CSB membolehkan KM diisytiharkan secara berperingkat bagi tujuan pengiraan penalti CSB dan ia tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

“Pengguna juga boleh mengisytiharkan semula KM berdasarkan keperluan bisnes semasa dan seterusnya berpeluang menikmati penjimatan kos daripada penalti berkenaan,” katanya.