Pejabat, kaunter KWSP seluruh negara ditutup mula 1 Jun

KWSP
KWSP
A
A
A

SHAH ALAM - Pejabat dan kaunter perkhidmatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara akan ditutup bermula 1 Jun hingga 14 Jun.

KWSP dalam satu kenyataan memaklumkan, semua sesi janji temu yang dibuat melalui saluran Janji Temu Online (JTO) dalam tempoh ini akan dibatalkan.

“Ahli KWSP perlu membuat janji temu semula pada tarikh selepas tempoh total lockdown berakhir jika ada keperluan untuk hadir di cawangan KWSP.

“Janji temu bagi Pengeluaran Umur 50, 55, 60, dan Hilang Upaya akan diberikan keutamaan apabila pejabat dan kaunter perkhidmatan KWSP mula beroperasi semula.

“Ini adalah sebahagian usaha untuk mengurangkan perhubungan individu secara bersemuka supaya rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan,” kata kenyataan tersebut pada Isnin.

Dalam pada itu, ahli KWSP yang telah memohon Pengeluaran i-Sinar dan sedang menunggu pembayaran melalui Arahan Bayaran, cawangan KWSP akan menghubungi ahli tersebut untuk urusan pengambilan Arahan Bayaran tersebut.

“Perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti permohonan Pengeluaran Perumahan, Umur 50, 55 dan 60, hanya boleh dilakukan secara dalam talian melalui i-Akaun.

“Walau bagaimanapun, proses pengesahan cap ibu jari bagi melengkapkan transaksi dalam talian ini hanya boleh dilaksanakan setelah tamat tempoh total lockdown apabila cawangan dibuka semula kelak,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, keputusan tersebut diambil bagi membendung penularan wabak Covid-19 dan memastikan keselamatan dan kesihatan ahli serta anggota KWSP sentiasa terjaga dan terpelihara