Penduduk luar bandar tak patuh SOP: Ketua Polis Negara

Acryl Sani
Acryl Sani
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima maklumat ada di kalangan penduduk luar bandar masih ingkar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya akan memberikan tumpuan penuh di kawasan berkenaan menerusi operasi pematuhan dan sekatan jalan raya (SJR) bagi memantau sebarang pergerakan dan aktiviti harian masyarakat luar bandar.

"Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Penerangan untuk memaklumkan semua SOP yang perlu dipatuhi semasa pelaksanaan PKP secara menyeluruh bermula esok (Selasa) hingga 14 Jun," katanya dalam sidang akhbar khas pada Isnin.

Acryl Sani berkata, pihaknya juga akan menggunakan Unit Kereta Peronda Polis (MPV) untuk membuat hebahan kepada penduduk di kawasan luar bandar yang masih tidak mematuhi SOP ditetapkan.

"Setakat ini, kita tidak mempunyai butiran terperinci mengenai masalah penduduk luar bandar, ia disebabkan tiada kajian yang dijalankan berhubung perkara itu," katanya.

Artikel Berkaitan: