Sanggup langgar teman wanita elak ditahan polis

Suspek ditahan di sekitar Cyberjaya pada Isnin.
Suspek ditahan di sekitar Cyberjaya pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis melepaskan satu das tembakan ke arah sebuah kereta yang dipandu oleh seorang suspek curi kereta selepas lelaki tersebut cuba meloloskan diri di sekitar Cheras di sini pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, dalam kejadian jam 5 petang itu, teman wanita suspek yang berada di bahagian belakang kereta tersebut cedera akibat digilis.

“Menyedari kehadiran polis, suspek terus mengundurkan kereta sehingga menggilis wanita yang berada di belakang kereta tersebut.

“Pegawai polis yang berada di hadapan kereta memberi amaran kepada suspek supaya berhenti tetapi lelaki berkenaan terus memecut untuk melarikan diri,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Saiful berkata, bertindak di atas maklumat, suspek yang berusia 32 tahun itu berjaya ditahan sekitar jam 7.50 malam di Cyberjaya pada Isnin.

“Hasil soal siasat, suspek telah membawa pihak polis ke beberapa lokasi dan telah berjaya menjumpai sebanyak 11 buah kereta buatan tempatan yang dilaporkan hilang di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor antara tahun 2019 hingga 2021.

“Nilai rampasan dianggarkan sekitar RM130,000 manakala hasil siasatan awal mendapati suspek mencuri kereta bertujuan untuk menjual alat ganti kereta tersebut di media sosial,” katanya.

Teman wanita suspek turut ditahan untuk siasatan lanjut.
Teman wanita suspek turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, jelas beliau teman wanita suspek yang berusia 20 tahun itu turut ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kedua-dua tangkapan mempunyai rekod dikehendaki atas kesalahan jenayah dan dadah. Semakan mendapati suspek mempunyai sebanyak 17 rekod jenayah manakala teman wanitanya pula mempunyai tiga rekod jenayah,” ujarnya.

Sehubungan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.