Mardi tubuh pusat kecemerlangan pertanian hijau

Ronald Kiandee menyempurnakan penanaman pokok sebagai gimik perasmian Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan (COE) Pertanian Hijau Mardi Cameron Highlands, pada Khamis.
Ronald Kiandee menyempurnakan penanaman pokok sebagai gimik perasmian Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan (COE) Pertanian Hijau Mardi Cameron Highlands, pada Khamis.
A
A
A

INSTITUT Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) menubuhkan Pusat Kecemerlangan (COE) Pertanian Hijau Mardi Cameron Highlands bagi memantapkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang memfokuskan kepada tanaman tanah tinggi.

Pusat itu merupakan satu-satunya stesen penyelidikan yang ditubuhkan bagi tujuan tersebut di negara ini.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, stesen itu juga berfungsi sebagai stesen kecemerlangan penyelidikan teknologi pertanian hijau dan pertanian tanah tinggi serta merupakan stesen sokongan kepada pemindahan teknologi Mardi.

Menurutnya, antara aktiviti penyelidikan yang dijalankan di Mardi Cameron Highlands termasuk penyelidikan agronomi dan sistem pengeluaran, pengawalan perosak dan penyakit.

Ronald Kiandee menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan (COE) Pertanian Hijau Mardi Cameron Highlands, pada Khamis.
Ronald Kiandee menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan (COE) Pertanian Hijau Mardi Cameron Highlands, pada Khamis.

“Kajian berkaitan pengendalian lepas tuai bagi sayur-sayuran, buah-buahan dan bunga-bungaan turut dijalankan di pusat itu selain penyelidikan pemuliharaan tanah, pengumpulan, pemuliharaan dan penggunaan sumber genetik tanaman tanah tinggi,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ronald Kiandee hadir merasmikan pusat tersebut dan turut melancarkan dua lagi teknologi Mardi iaitu Teknologi Biopestisid Multi Virus dan Baja Organo Plus di sini.

Kata beliau, Teknologi Biopestisid Multi Virus berkesan mengawal serangan empat ulat perosak Lepidoptera di ladang kubis selain sifatnya yang mesra alam.

Artikel Berkaitan:

“Ia juga tidak memusnahkan serangga bermanfaat seperti pendebunga (lebah/kelulut), tidak meninggalkan sisa dan hasil sayuran boleh terus dituai serta membantu mengurangkan perkembangan masalah kerintangan atau kekebalan serangga perosak terhadap racun kimia.

“Baja Organo Plus pula antaranya membekalkan unsur nutrien makro dan surih yang penting di mana keberkesanannya telah diuji pada sayuran serta bungaan,” kata beliau lagi.

Menurutnya, hasil ujian juga mendapati baja ini bukan sahaja membantu meningkatkan hasil tanaman malah menyuburkan tanah dengan aplikasi yang berterusan, meningkatkan kesuburan dan kualiti tanah dengan penggunaan berpanjangan serta sesuai untuk semua jenis tanah dan tanaman.

Ronald Kiandee turut melancarkan dua teknologi Mardi iaitu Teknologi Biopestisid Multi Virus dan Baja Organo Plus sempena Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan (COE) Pertanian Hijau Mardi Cameron Highlands, pada Khamis.
Ronald Kiandee turut melancarkan dua teknologi Mardi iaitu Teknologi Biopestisid Multi Virus dan Baja Organo Plus sempena Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan (COE) Pertanian Hijau Mardi Cameron Highlands, pada Khamis.

“Saya bangga melancarkan dua lagi teknologi baharu Mardi malah amat yakin institut penyelidikan ini akan terus berusaha membuat kajian dan penyelidikan untuk dimanfaatkan oleh petani dan pihak industri.

“Ia bagi memastikan sektor pertanian terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Beliau turut berharap pelancaran Pusat Kecemerlangan (COE) Pertanian Hijau Mardi Cameron Highlands itu akan memantapkan penyelidikan dan Pembangunan Mardi.