Copa America tidak akan dianjurkan di Argentina

Status penganjuran Copa America kini menjadi tanda tanya selepas CONMEBOL menggugurkan Argentina sebagai tuan rumah.
Status penganjuran Copa America kini menjadi tanda tanya selepas CONMEBOL menggugurkan Argentina sebagai tuan rumah.
A
A
A

PENGANJURAN Copa America semakin tidak menentu apabila Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) menggugurkan Argentina sebagai hos kejohanan itu berikutan krisis pandemik Covid-19 di negara berkenaan.

Sebelum ini, Argentina dipilih untuk mengambil alih kejohanan berprestij di benua Amerika Selatan itu yang dijadualkan berlangsung di Buenos Aires dari 13 Jun hingga 10 Julai depan.

Ia berikutan keputusan CONMEBOL selaku badan pengelola Copa America melucutkan hak Colombia sebagai tuan rumah gara-gara protes antikerajaan dan kebimbangan penularan Covid-19.

Bagaimanapun, Argentina kini sah tidak akan menganjurkan kejohanan berkenaan yang telah ditunda setahun berikutan pandemik itu, sekali gus menyebabkan CONMEBOL giat mencari negara tuan rumah baharu yang lebih sesuai.

"CONMEBOL mahu memaklumkan bahawa berdasarkan keadaan terkini, adalah diputuskan untuk menangguhkan penganjuran Copa America di Argentina.

"CONMEBOL akan menilai beberapa tawaran daripada negara lain yang menunjukkan minat dalam menganjurkan kejohanan serantau ini," kata CONMEBOL dalam satu kenyataan.

Setakat ini, tiga negara - Chile, Paraguay dan Amerika Syarikat antara yang disebut-sebut untuk dipilih sebagai negara penganjur kejohanan tersebut.

Artikel Berkaitan: