PGA rampas cecair vape RM422,000

Pelbagai jenis cecair vape yang cuba diseludup secara haram ke negara jiran bernilai RM422,000 dirampas oleh PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa di pangkalan haram Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang.
Pelbagai jenis cecair vape yang cuba diseludup secara haram ke negara jiran bernilai RM422,000 dirampas oleh PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa di pangkalan haram Kampung Kubang Rambutan, Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pelbagai jenis cecair vape yang cuba diseludup secara haram ke negara jiran bernilai RM422,000 dirampas oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 Pengkalan Chepa di pangkalan haram Kampung Kubang Rambutan di sini pada Sabtu.

Rampasan pada jam 6.30 pagi itu di lakukan hasil rondaan rutin oleh pasukan berkenaan yang melakukan penugasan Op Benteng Covid-19.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 8, Superintendan Muhammad Shamsuddin berkata, anggotanya menemui timbunan kotak kertas di dalam semak dan hasil pemeriksaan mendapati 3,080 botol plastik berisi cecair vape.

"Kes disiasat bawah Seksyen 13 (a) Akta Racun 1952 dan kesemua rampasan diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan pada jam 1 pagi Ahad, anggota PGA menahan seorang lelaki dan merampas sembilan botol air ketum di Kampung Palekbang, Tumpat.

Muhammad berkata, PGA turut merampas 3,200 batang rokok putih jenama Saat di dalam kereta milik suspek.

Katanya, beberapa jam kemudian PGA berjaya merampas pelbagai jenis beras seludup bernilai RM9,240 di Kampung Pohon Tanjung, Pasir Mas jam 6.30 pagi pada hari yang sama.

"Sejak mengambil alih penugasan Op Benteng Covid-19 di sempadan Malaysia bermula 16 Februari lalu sehingga Ahad, kita berjaya mematahkan penyeludupan barang berjumlah RM5.02 juta membabitkan 30 kes," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muhammad berkata, PGA turut menahan 14 lelaki dan seorang perempuan yang terlibat dengan aktiviti berkenaan termasuk 13 buah kenderaan.