Puluhan rumah musnah dilanda ribut di Ipoh

Pasukan bomba melakukan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di lokasi kejadian. - Foto ihsan Bomba
Pasukan bomba melakukan kerja-kerja pembersihan pokok tumbang di lokasi kejadian. - Foto ihsan Bomba
A
A
A

IPOH - Beberapa pokok tumbang dan puluhan rumah dilaporkan rosak dalam kejadian ribut yang melanda di kawasan Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai di sini pada Ahad.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6.30 petang itu menyebabkan beberapa batang pokok tumbang sehingga menghalang laluan serta menimpa rumah penduduk.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 6.40 petang.

Kejadian ribut yang berlaku di Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai menyebabkan rumah penduduk mengalami kerosakan. - Foto ihsan pembaca
Kejadian ribut yang berlaku di Kampung Tawas dan Taman Tasek Damai menyebabkan rumah penduduk mengalami kerosakan. - Foto ihsan pembaca

"Setibanya di lokasi mendapati beberapa batang pokok tumbang dan rumah mengalami kerosakan.

"Bagaimanapun, tiada berlaku sebarang kecederaan kepada mangsa mahupun kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.

Menurutnya, bomba masih membuat pemantauan di lokasi kejadian.

"Kerja-kerja pembersihan dilakukan bagi pokok yang menghalang laluan kenderaan awam dan menimpa rumah," katanya.

Artikel Berkaitan: