Rumah sewa jadi tempat simpan minuman keras tak bercukai

Minuman keras yang dirampas PPM disembunyikan di sebuah rumah sewa di Manggatal, Kota Kinabalu.
Minuman keras yang dirampas PPM disembunyikan di sebuah rumah sewa di Manggatal, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Tindakan penyeludup menjadikan sebuah rumah sewa sebagai tempat simpanan minuman keras tidak bercukai gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila diserbu Pasukan Polis Marin (PPM) di Manggatal, awal pagi Rabu.

Dalam serbuan kira-kira jam 1 pagi itu, pelbagai jenis minuman keras bernilai hampir RM100,000 dirampas.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Roslan Awang berkata, hasil pemerhatian selama beberapa jam berjaya menyerbu dan seterusnya merampas minuman keras tidak bercukai di kawasan perumahan berkenaan.

"Pemerhatian dibuat terhadap rumah sewa berkenaan selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan dan selepas beberapa jam intipan dilakukan tiada sebarang individu kelihatan.

"Pasukan bertindak menyerbu rumah berkenaan dan hasil pemeriksaan menemui minuman keras tidak bercukai dengan anggaran nilai RM99,960," katanya dalam kenyataan pada malam Rabu.

Katanya, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.

Artikel Berkaitan: