Enam kali langgan pelacur, percuma sekali

Saiful Annuar (dua dari kanan) menyoal siasat salah seorang wanita yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ipoh pada Rabu.
Saiful Annuar (dua dari kanan) menyoal siasat salah seorang wanita yang ditahan di sebuah hotel di Jalan Ipoh pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 12 wanita warga asing disyaki pelacur ditahan dalam serbuan di sebuah hotel bertaraf tiga bintang di Jalan Ipoh di sini pada Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, dalam serbuan jam 11 malam itu, pihaknya turut menahan dua lelaki tempatan dan seorang warga asing yang berperanan sebagai penjaga.

"Kesemua wanita yang ditahan berusia lingkungan 20-an dan 30-an terdiri daripada sembilan warga Vietnam dan tiga warga Thailand," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi serbuan pada Rabu.

Saiful Annuar berkata, serbuan itu dijalankan hasil maklumat yang disalurkan orang awam melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Susulan itu, kita melakukan risikan dan pemantauan hampir dua minggu ke atas kegiatan pelacuran di hotel ini sebelum menjalankan serbuan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya mendapati ada 12 bilik, masing-masing enam bilik di tingkat lapan dan sembilan hotel itu disyaki digunakan sebagai bilik pelacur untuk melayan pelanggan.

"Siasatan awal mendapati sindiket ini menawarkan khidmat mereka melalui WeChat dan menggunakan aplikasi sama untuk berurusan dengan pelanggan.

"Pelanggan akan diminta datang ke hotel ini sebelum dibawa ke bilik-bilik yang menempatkan pelacur untuk mereka membuat pilihan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, sindiket itu didapati mengenakan bayaran sebanyak RM235 kepada pelanggan untuk sekali langganan.

"Pelanggan juga diberikan satu kupon 'loyalty' dan akan dicop setiap kali mereka datang melanggan sebelum diberikan sekali khidmat percuma selepas enam kali langganan," katanya.

Katanya, pemeriksaan mendapati sebahagian warga asing yang ditahan itu mempunyai dokumen perjalanan sah, manakala selebihnya mendakwa pasport mereka disimpan oleh pihak lain.

"Kita percaya sindiket pelacuran ini telah beroperasi di hotel ini sejak tiga bulan lalu," katanya.