KPM buka bilik gerakan banjir di Terengganu, Kelantan

Hantaran Mohd Radzi di laman Facebooknya pada Ahad.
Hantaran Mohd Radzi di laman Facebooknya pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka bilik gerakan banjir di Terengganu dan Kelatan susulan beberapa pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaporkan turut terjejas.

Menterinya, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, Lembaga Peperiksaan juga sedang mengambil tindakan untuk menguruskan pusat peperiksaan yang terlibat.

"Saya mengambil maklum tentang situasi banjir di Terengganu dan Kelantan yang turut menjejaskan beberapa pusat peperiksaan SPM di negeri tersebut.

"Sama-sama kita doakan semoga banjir tidak berlarutan dan calon SPM 2021 dapat membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.

Sebelum itu, media melaporkan, sebanyak 12 daerah di Terengganu dan Kelantan kini terjejas akibat banjir dengan 6,327 mangsa ditempatkan di 103 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat Sabtu.

Artikel Berkaitan: