'Janggal tiada jawatan TPM dalam kerajaan'

Saarani (lima dari kiri) bersama-sama sebahagian JPKK selepas mengadakan pertemuan di Dewan Merdeka di Lenggong hari ini.
Saarani (lima dari kiri) bersama-sama sebahagian JPKK selepas mengadakan pertemuan di Dewan Merdeka di Lenggong hari ini.
A
A
A

LENGGONG - UMNO Perak menyifatkan ketiadaan jawatan Timbalan Perdana Menteri di negara ini sebagai satu kejanggalan dalam kerajaan.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, walaupun jawatan tersebut tiada dalam Perlembagaan namun jawatan tersebut perlu diwujudkan bagi melancarkan pentadbiran kerajaan.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri boleh mewakili kerajaan jika Perdana Menteri tidak dapat menghadiri program-program rasmi.

"Perdana Menteri boleh mewujudkan jawatan itu. Pada saya, jika kerajaan bercadang mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, apa salahnya diberikan kepada UMNO sebagai parti yang dominan.

"Cuma siapa yang akan dipilih sebagai Timbalan Perdana Menteri itu mestilah mengikut hierarki parti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Daerah Kecil Lenggong di Dewan Merdeka di sini hari ini.

Sementara itu, mengenai Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO semalam, Saarani mengakui jawatan itu tidak dibincangkan secara langsung.

Beliau berkata, ketika mesyuarat itu, tidak berlaku hiruk-pikuk seperti yang digembar-gemburkan.

Menurutnya, UMNO berfikir secara rasional dan tidak mahu bermain politik dalam situasi kini.

Artikel Berkaitan: