Header Ads

ads header

Flash News

Kes samun, tetak pesara Mardi: 10 diberkas polis


KUALA LUMPUR:
Polis menahan seramai 10 individu yang disyaki terlibat dalam dua kes samun termasuk rumah Bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Wan Hassan Wan Embong.

Difahamkan, kesemua suspek ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisioner Anuar Omar berkata, kesemua mereka termasuk suspek utama itu ditahan menerusi beberapa siri serbuan oleh sepasukan polis.

“Ya ada tangkapan, setakat semalam 10 orang termasuk suspek utama kes ini,” katanya ringkas ketika ditanya pemberita menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Wan Hassan maut ditetak perompak dalam kejadian rompakan di Bukit Bandaraya, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, rumah dihuni mangsa dan isteri, Sarifah Yusof, 70, dipecah masuk dua lelaki bersenjata parang.

Suspek yang tidak memakai topeng meminta duit menyebabkan mangsa cuba melawan sebelum ditetak di muka dan leher manakala isteri mangsa ditetak di bahagian bahu kanan.- UTUSAN ONLINE





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan