Maqis rampas keju dari New Zealand

Maqis merampas satu konsainan yang membawa keju dari New Zealand di laluan lori di BSI, Johor Bahru pada Jumaat.
Maqis merampas satu konsainan yang membawa keju dari New Zealand di laluan lori di BSI, Johor Bahru pada Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor menahan satu konsainan yang membawa keju dari New Zealand di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini pada Jumaat.

Pengarahnya, Nur Afifah A Rahman berkata, pemeriksaan rutin yang dilakukan pegawai penguat kuasa Maqis mendapati keju seberat 2,080 kilogram (kg) itu tidak mempunyai sijil kesihatan sah dari negara asal.

"Keju yang dirampas dianggarkan bernilai RM39,712 semasa pegawai Maqis menjalankan pemeriksaan di laluan lori BSI.

"Mereka mendapati keju seberat 2,080 kg itu tidak mempunyai sijil kesihatan sah yang diperlukan Maqis.

"Sehubungan itu barangan dagangan berkenaan dirampas manakala pemandu yang berusia 39 tahun dilepaskan selepas keterangannya diambil," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Difahamkan keju berkenaan bagi kegunaan pasaran tempatan.

Nur Afifah berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana tidak mematuhi syarat import.

"Jika sabit kesalahan pihak bertanggungjawab boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya," katanya.

Artikel Berkaitan: