120,000 buruh asing bekerja untuk sektor perladangan

Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hamzah Zainudin pada sidang media selepas melancarkan proses permohonan pas pekerja untuk Ekspatriat yang berkhidmat di negara ini melalui sistem ESD Satellite Center (ESC) di Balai Ketibaan Aras 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto Bernama
Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Hamzah Zainudin pada sidang media selepas melancarkan proses permohonan pas pekerja untuk Ekspatriat yang berkhidmat di negara ini melalui sistem ESD Satellite Center (ESC) di Balai Ketibaan Aras 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SEPANG - Seramai 120,000 daripada 280,000 pekerja asing yang berdaftar dalam Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) merupakan buruh untuk sektor perladangan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, jumlah berkenaan hanya merangkumi antara 20 dan 30 peratus daripada keperluan buruh untuk sektor perladangan.

"Kesemua 280,000 buruh yang berdaftar di bawah program RTK berkenaan merupakan warga asing yang sudah sedia ada di dalam negara. Jumlah 120,000 itu hanya memadai untuk 20 hingga 30 peratus daripada jumlah tenaga kerja yang diperlukan dalam sektor perladangan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pusat ESD Satelit di KLIA, di sini, pada Selasa.

Media tempatan pada Isnin melaporkan berkenaan masalah lambakan lebih 200,000 pekerja asing yang memohon untuk bekerja di bawah program RTK.

Menurut laporan tersebut, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberi keutamaan kepada pekerja asing yang lengkap divaksin bergantung kepada permohonan majikan di sektor perkilangan, pembinaan, pertanian dan perladangan.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, 32,000 buruh asing yang akan dibawa masuk untuk sektor perladangan seperti diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan masih tidak mencukupi.

"Untuk pekerja perladangan masuk dari luar negara, secara realistik 32,000 ini tidak cukup untuk sektor perladangan.

"Sektor itu memerlukan angka yang lebih besar. Pada waktu ini, kita ada masalah penularan Covid-19 dan prosedur membawa masuk pekerja asing juga diperketatkan," katanya.

Artikel Berkaitan: