Penjarakan Saf: Bidaah yang dipaksakan pemerintah ke atas umat Islam!

Penjarakan Saf: Bidaah yang dipaksakan pemerintah ke atas umat Islam!

Started
22 December 2020
Petition to
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) and
Signatures: 2,751Next Goal: 5,000
Support now

Why this petition matters

Started by Hizbut Tahrir Malaysia

Sudah lebih kurang 9 bulan sejak pandemik COVID-19 melanda, pemerintah telah mengeluarkan peraturan bahawa saf solat berjemaah hendaklah dijarakkan lebih kurang satu meter, yang menyaksikan sehingga kini umat Islam solat dalam satu bentuk yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam sejak ditusnya Rasulullah (saw).

Sesungguhnya solat merupakan salah satu ibadah yang mempunyai kaifiyat (tatacara) tersendiri yang telah diajarkan oleh Rasulullah (saw), yang mana kaifiyat ini haram untuk diubah dan merubahnya merupakan satu bidaah kerana telah menyalahi amalan Rasulullah (saw).

Justeru, kami ingin menegaskan bahawa tindakan pemerintah menguatkuasakan peraturan penjarakan saf ke atas umat Islam adalah suatu bidaah di mana pemerintah berdosa besar kerana melaksanakan dan memaksakan penjarakan saf ini.

Sesungguhnya tidak ada nas sedikit pun yang membenarkan pemerintah untuk mengarahkan rakyatnya untuk menjarakkan saf, sebagaimana tidak ada nas sedikit pun yang membenarkan Imam mengarahkan makmumnya untuk menjarakkan saf.

Segala nas yang ada menunjukkan dengan jelas bahawa meluruskan dan merapatkan saf adalah WAJIB.

Walaupun telah berulang kali kami memuhasabah pemerintah dalam isu ini, dan juga sudah ramai asatizah yang melakukan hal yang sama, namun tidak diendahkan oleh kerajaan.

Atas dasar itu, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) mengadakan kempen untuk kita merapatkan saf dalam solat berjemaah, sekali gus mendesak pemerintah dan institusi agama di negara ini agar menarik balik perintah penjarakan saf serta-merta, agar pemerintah tidak terus menanggung dosa besar kerana melakukan bidaah dalam hal ini, dan agar umat Islam dapat kembali solat berjemaah sebagaimana kaifiyat yang diajarkan oleh Rasulullah (saw).

Ayuh, marilah bersama-sama menunjukkan sokongan anda dengan menyokong petisyen ini sebagai suatu langkah amar makruf nahi mungkar terhadap pemerintah, dan seterusnya kita sama-sama merapatkan saf dalam solat berjemaah kita.

#rapatkansaf

Support now
Signatures: 2,751Next Goal: 5,000
Support now
Share this petition in person or use the QR code for your own material.Download QR Code

Decision-Makers

  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
  • jabatan agama