Peraturan-peraturan :
1. Di premis, sila log masuk sebelum memasuki makmal. Buku log akan disediakan untuk penggunaan peralatan. Mohon isikan semua maklumat dengan jelas pada setiap hari sehingga tarikh akhir penggunaan peralatan.
2. Diwajibkan memakai peralatan pelindung diri (PPE) yang sesuai (cth: Pakaian makmal,sarung tangan, kasut bertutup).
3. Pengguna tidak dibenarkan mengendalikan peralatan sehingga selepas menjalani sesi taklimat yang akan dikelolakan oleh staf makmal daripada fakulti. Selain itu, pengguna mesti mengikuti dan memahami SOP peralatan yang bersesuaian dengan sampel yang digunakan. Pengguna akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan akibat kecuaian pengguna.
4. Hendaklah mengemaskan meja, peralatan, dan sampel selepas menggunakannya.
5. Botol “WASTE” hendaklah dilabel,diisi paras maksima 3/4 dari saiz botol dan diletakkan di tempat yang dikhaskan.
6. Sisa klinikal/bahan hendaklah dibuang dalam tong hazard yang disediakan.
7. Botol/tong hazard yang telah penuh WAJIB diletakkan di pusat sisa bahan/klinikal/bahan kimia.
8. Tidak membawa barang yang tidak berkaitan ke dalam makmal.
9. Pihak Fakulti tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan barangan peribadi di dalam makmal.