Piala AFF 2022: Harimau Malaya, Vietnam satu kumpulan

Keputusan undian bagi kejohanan Piala AFF 2022.
Keputusan undian bagi kejohanan Piala AFF 2022.
A
A
A

BERDASARKAN ranking semasa, skuad Harimau Malaya mungkin tidak akan berdepan masalah untuk melepasi peringkat kumpulan Kejohanan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 apabila diundi bersama Vietnam.yang bakal kembali kepada format asal Disember ini.

Menerusi undian yang dijalankan di Bangkok, Thailand pada Selasa, hanya Vietnam yang kini berada di ranking ke-97 dunia sahaja yang dilihat bakal menjadi cabaran buat Malaysia apabila diundi bersama didalam kumpulan B.

Selain Vietnam, turut diundi didalam kumpulan B bersama Malaysia ialah juara empat kali kejohanan AFF, Singapura, Myanmar dan Laos.

Dalam satu lagi kumpulan menyaksikan, juara bertahan Thailand diletakkan bersama finalis edisi lalu Indonesia selain Filipina Kemboja dan pemenang kelayakan antara Brunei dan Timor Leste.

Kejohanan dwitahunan ini pastinya akan menjadi medan terbaik buat Ketua Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan Gon untuk menguji barisan terbaik menjelang kejohanan Piala Asia AFC 2023 yang bakal ditentukan tuan rumah.

Untuk rekod, Malaysia layak ke final sebanyak empat kali dan muncul juara pada edisi 2010 dan pastinya Harimau Malaya mahu membuktikan kemampuan mereka pada edisi ini selepas gagal beraksi dengan baik sebelum ini.

Artikel Berkaitan: