'Itu bukan video usung jenazah Awang Askandar'

‘Itu bukan video usung jenazah Awang Askandar’

TANGKAP layar video tular di media sosial kononnya proses membawa turun jenazah arwah Awang Askandar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sekretariat Malaysia Everest 2023 (ME2023) menggesa orang awam supaya menghentikan penyebaran video yang memaparkan proses membawa turun jenazah pendaki, Awang Askandar Ampuan Yaacub.

Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak ketika dihubungi mengesahkan video yang tular di media sosial hari ini itu bukanlah proses membawa turun jenazah arwah.

Beliau berkata, proses membawa turun jenazah Awang Askandar baru bermula pagi tadi dan dijangka tiba di kem dua pada malam ini sedangkan video tular itu mula tersebar sejak semalam.

“Kami tidak pernah berkongsi sebarang gambar jenazah kepada sesiapa ketika ini kerana tiada liputan internet di kem empat sehingga kem dua selain hanya berhubung dengan Everest Base Camp (EBC) menerusi walkie talkie.

“Video tular itu mungkin proses membawa turun pendaki lain yang berdepan masalah kesihatan. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang video proses membawa turun jenazah arwah daripada malim gunung.

“Semua pihak perlu menghormati sensitiviti ahli keluarga Allahyarham yang masih dalam kesedihan,” katanya.

Kata beliau, pihaknya berharap semua pihak menghentikan sebarang penyebaran video yang tular berkaitan perkara itu.

Difahamkan ketika inil, Azim bersama seorang pendaki ME 2023, Tiong Ling Yang, 30, dan pengurus pasukan, Ayu Wanirah Naharuddin, 30, berada di EBC bagi menunggu ketibaan jenazah untuk di bawa ke hospital di Kathmandu bagi proses selanjutnya.

Sebelum ini, tular beberapa video memaparkan seorang malim gunung sedang mengusung seorang pendaki yang berbungkus ketika menuruni Everest.

Video yang disunting dengan muzik latar itu turut memaparkan individu yang diusung itu masih bernyawa.

Proses membawa turun jenazah Awang Askandar dari kem empat ke kem dua bersambung hari ini selepas ditunda semalam akibat cuaca buruk dan salji tebal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya