Banjir: Bina empangan, lebih banyak kolam takungan di Kelantan

Zulkifli ketika menjadi panelis Program Di Sebalik Isu Bersama FY yang dikendalikan oleh Finaz Yunus, disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Jumaat.
Zulkifli ketika menjadi panelis Program Di Sebalik Isu Bersama FY yang dikendalikan oleh Finaz Yunus, disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Pembinaan lebih banyak kolam takungan serta empangan adalah dua kaedah terbaik bagi mengatasi masalah banjir di Kelantan.

Felo Kanan Pusat Pelestarian Alam Sekitar dan Sekuriti Air, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Profesor Dr Zulkifli Yusop berkata, langkah itu merupakan penyelesaian asas alam semula jadi yang wajar dilaksanakan.

Justeru menurutnya, kerajaan Kelantan perlu melihat perancangan jangka panjang dengan menyediakan peruntukan untuk kaedah penyelesaian tersebut.

"Pertama sekali adalah penyelesaian asas alam semula jadi (nature-based solutions) untuk banjir seperti membina kolam takungan agar dapat memulihkan air di kawasan terjejas.

"Selain itu dalamkan sungai serta wajibkan pemaju dan peladang supaya membina kolam takungan agar dapat menampung lebihan air banjir itu.

"Di Kelantan diakui tiada empangan dengan kapasiti besar untuk menangani air banjir. Reka bentuk bukan untuk banjir, jadi isi padu menahan air banjir sangat sedikit berbanding Empangan Kenyir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Program Di Sebalik Isu Bersama FY yang dikendalikan oleh Finaz Yunus, disiarkan secara langsung di platform digital Sinar Harian pada Jumaat.

Program yang membincangkan topik bertajuk 'Kelantan Banjir Setiap Tahun, Apa Kata Pas?' turut menampilkan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi sebagai panelis.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, pengggunaan tanah dan pembangunan yang agak rancak menjadi punca kejadian banjir.

"Selain isi padu air yang tinggi, ia akan menjadi lebih teruk dengan mendapan, selut, banjir puing dan sebagainya.

"Sebab itu banjir sekarang ni bukan hanya dari segi kenaikan paras air tetapi kita akan dapat banjir puing yang mana kayu-kayu dan selut akan turun sama," ujarnya.