Serik ditipu, Andi Bernade hati-hati pilih kawan - Utusan Malaysia

Serik ditipu, Andi Bernade hati-hati pilih kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Andi Bernade, 30, mengakui lebih berhati-hati memilih kawan selepas pengalamannya ditipu rakan baik dua tahun lalu.

Kata Andi, disebabkan itu, dia selesa tidak berkawan ramai dan lebih mendekatkan diri dengan keluarga.

“Dalam industri, kita tahu mana kawan mana lawan. Sebelum mengenali seseorang, yang kita nampak hanya luaran. Bulan demi bulan, baru lihat perangai sebenar.

“Jadi, Sekarang saya fokus pada diri sendiri dan memilih untuk tidak berkawan ramai.

“Tanyalah pada sesiapa pun, kawan saya (sekarang) memang tak ramai. Terhad kepada circle yang sama dan keluarga, itu sahaja,” katanya.

Andi berkata demikian ketika ditemui dalam majlis pelancaran drama terbaru terbitan Viu Malaysia, Journal Sara-haeyo di ibu kota, baru-baru ini.

Drama enam episod yang mula ditayangkan 19 Mei di platform Viu itu turut menampilkan Arena Wan, Alvin Chong, Aniq Suhair, Adriana Adnan dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Andi bersyukur kerana diberi peluang untuk kembali aktif berlakon dan menyanyi selepas berdepan episod hitam beberapa tahun lalu, termasuk kerugian hampir RM70,000 setelah ditipu rakan baik selain menjadi mangsa sihir.

Katanya, dia percaya, kekuatan untuk bangkit semula dalam industri seni datang dari doa orang tuanya.

“Saya breadwinner dalam keluarga. Mereka adalah segala-galanya untuk saya. Doa dan restu ibu ayah itu penting,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.