Kanak-kanak maut dalam kemalangan

Keadaan kereta yang dinaiki kanak-kanak terbabit bersama ahli keluarganya terbabas ketika melalui Lebuh Raya Bahau-Keratong di Bandar Melati 15, Muadzam Shah awal pagi Sabtu.
Keadaan kereta yang dinaiki kanak-kanak terbabit bersama ahli keluarganya terbabas ketika melalui Lebuh Raya Bahau-Keratong di Bandar Melati 15, Muadzam Shah awal pagi Sabtu.
A
A
A

ROMPIN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas kereta yang dinaiki bersama ahli keluarganya terbabas ketika melalui Lebuh Raya Bahau-Keratong di Bandar Melati 15, Muadzam Shah, awal pagi Sabtu.

Mangsa dikenali Muhammad Raziq Ramli beralamat dari Felda Keratong 6 di sini.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan turut membabitkan tiga lagi mangsa iaitu dua lelaki dewasa dan seorang lagi kanak-kanak lelaki.

"Kita menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan itu pada jam 3.20 pagi dan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba Muadzam Shah segera bergerak ke lokasi kejadian.

"Apabila sampai, kita dapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipercayai telah terbabas lalu jatuh ke dalam gaung sedalam dua meter," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pasukan bomba menggunakan pengusung untuk mengangkat mangsa yang meninggal dunia ke atas.

"Mangsa yang maut kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.