Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Akta baru akan letakkan penagih ketum bawah rawatan AADK
Diterbitkan:  May 19, 2023 10:27 PM
Dikemaskini: 2:27 PM

Akta baru berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang yang bakal digubal, akan membolehkan penagih selain dadah menjalani rawatan dan pemulihan di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), kata Ketua Pengarah AADK Sutekno Ahmad Belon.

Beliau berkata pada masa ini rawatan dan pemulihan penagih selain dadah seperti penagihan daun ketum bukan di bawah bidang kuasa AADK.

“Yang kita titik berat sekarang ini adalah untuk tambah baik akses kita dalam memulihkan penagih, contohnya untuk ketum, siapa yang menagih,” katanya katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya AADK di Ibu Pejabat AADK di Kajang, hari ini.

Menurut Sutekno dengan adanya akta baharu itu kelak, penagih selain dadah seperti penagih ketum boleh disenaraikan di bawah AADK untuk dirawat di bawah agensi itu.

Isnin lepas, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan

Draf rang undang-undang bagi mewujudkan akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri pada bulan Julai ini.

- Bernama

Lihat Komen
ADS