Kereta terbabas, pemandu wanita maut

Keadaan kereta yang terbabas hingga meragut nyawa pemandu dalam kejadian di Felda Jengka 19, Bandar Pusat Jengka pada Rabu. (Gambar kecil: Nur Syuhada Husni)
Keadaan kereta yang terbabas hingga meragut nyawa pemandu dalam kejadian di Felda Jengka 19, Bandar Pusat Jengka pada Rabu. (Gambar kecil: Nur Syuhada Husni)
A
A
A

KUANTAN - Seorang wanita maut selepas kereta dipandunya terbabas dalam kemalangan di Felda Jengka 19, Bandar Pusat Jengka pada Rabu.

Mangsa dikenali sebagai Nur Syuhada Husni, 33, beralamat dari Felda Semarak, Jengka 15.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6.44 pagi.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi, pihaknya mendapati kereta jenis Perodua Myvi itu terbalik dan mangsa yang berada dalam kenderaan itu disahkan meninggal dunia.

Jelasnya, lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka ke lokasi untuk bantuan menyelamat.

"Pihak bomba membantu mengeluarkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.