Premis perniagaan warga asing diserbu, seorang ditahan

Penguat kuasa MBK menjalankan operasi bersepadu bersama polis di sekitar Jalan Bukit Ubi, Kuantan. - Foto MDK
Penguat kuasa MBK menjalankan operasi bersepadu bersama polis di sekitar Jalan Bukit Ubi, Kuantan. - Foto MDK
A
A
A

KUANTAN - Tiga premis kedai runcit dan sebuah restoran yang dikendalikan warga asing diserbu Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dalam satu operasi bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia di sekitar Jalan Bukit Ubi di sini.

MBK dalam satu kenyataaan berkata, dalam operasi tersebut juga ditemui aktiviti penjualan nombor perjudian dalam talian yang dijalankan dalam kedai runcit.

Menurutnya, pihak polis turut bertindak menahan seorang lelaki untuk siasatan lanjut.

"MBK memberi amaran kepada pelesen-pelesen agar tidak sesekali membenarkan warga asing bekerja di premis perniagaan tanpa permit kerja yang sah.

"Tindakan ini boleh menyebabkan pembatalan lesen premis dan seterusnya tindakan mahkamah atas pelanggaran syarat lesen," katanya dalam satu kenyataan semalam.