Petronas beri kerjasama berhubung siasatan SPRM

Petronas beri kerjasama berhubung siasatan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan fail siasatan yang dibuka oleh badan siasatan itu.

 Petronas dalam satu kenyataan memberitahu, kerjasama sepenuhnya akan diberi sepanjang tempoh siasatan berhubung isu sebarang salah laku di bawah Akta SPRM 2009 oleh Petronas, kakitangan dan pengarahnya.

 Selaras dengan cadangan SPRM dan sejajar dengan polisi toleransi sifar rasuah, Petronas sentiasa mengambil langkah menambah baik prosedur operasi standard (SOP) sebagai usaha berterusan dalam mencegah dan membanteras segala bentuk rasuah dan salah laku oleh pekerja, pengarah dan pihak ketiga bagi pihak syarikat dalam Kumpulan.

 “Petronas akan terus komited memberikan kerjasama kepada SPRM dalam usaha ini,” ujarnya.

 Terdahulu, satu siasatan dijalankan SPRM berhubung dakwaan terdapat perbuatan rasuah melibatkan projek Petronas dan sebuah syarikat minyak antarabangsa membabitkan projek RM399 juta di Sarawak. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya