100,000 buat rayuan haji tahun ini

100,000 buat rayuan haji tahun ini

SYED Saleh Syed Abdul Rahman selepas menyantuni kumpulan pertama seramai 284 orang yang berlepas ke Tanah Suci di KLIA. - UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Hampir 100,000 orang mencuba nasib dengan membuat rayuan bagi mengerjakan ibadah haji pada musim kali ini.

Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, bagaimanapun, tidak ramai yang berjaya dalam permohonanan itu kerana jumlah yang menolak tawaran adalah kecil sekali gus kuota rasmi jemaah Malaysia sudah pun penuh diisi.

Beliau memaklumkan, setakat ini belum ada lagi pengumuman rasmi mengenai kuota tambahan untuk Malaysia dan mereka yang tidak terpilih boleh menunggu jika ada peluang berkenaan.

“Sebelum ini memang kebiasaannya setiap tahun ada kekosongan tempat apabila mereka yang mendapat tawaran menunda kepada tahun berikutnya atas pelbagai sebab seperti gagal melepasi pemeriksaan kesihatan ketat,” jelasnya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyantuni kumpulan pertama seramai 284 orang yang berlepas ke Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini awal pagi semalam.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, lebih 30 peratus bakal jemaah dalam lingkungan umur 65 tahun ke atas tetapi berjaya melepasi proses saringan kesihatan termasuk disahkan tidak menghidap penyakit kronik.

Bagaimanapun pihak Tabung Haji bersiap siaga pelbagai kemungkinan seperti cabaran cuaca panas ekstrem kali ini dengan bersedia dengan Unit Kesihatan Awam dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang akan menjalankan rondaan berkala ke atas jemaah terbabit untuk memantau mereka didapati kurang sihat.

Pada musim kali ini, sebanyak 98 penerbangan sewa khas digunakan Tabung Haji yang melibatkan Malaysia Airlines dan Saudia Airlines berbanding cuma 49 pada tahun lepas dengan pemerbangan pergi terakhir dijadualkan pada 21 Jun, manakala penerbangan balik pertama dijangka pada 6 Julai dan terakhir pada 2 Ogos kelak.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya