Cisse dedikasi kejayaan Senegal buat Mane

Pemain Senegal meraikan kejayaan mereka mara ke peringkat kalah mati selepas menewaskan Ecuador 2-0.
Pemain Senegal meraikan kejayaan mereka mara ke peringkat kalah mati selepas menewaskan Ecuador 2-0.
A
A
A

PENGENDALI Senegal, Aliou Cisse mendedikasikan kejayaan mara ke pusingan kalah mati Piala Dunia Qatar 2022 kepada penyerang Liverpool, Sadio Mane yang tidak dapat bersama pasukan akibat kecederaan.

Menurut Cisse, meskipun pemain berusia 30 tahun itu tidak bersama pasukan ketika ini, namun semangat dibawanya itu sedikit sebanyak membantu kepada kejayaan Senegal.

Saya mahu dedikasikan kejayaan dan kemenangan ini buat seorang individu yang telah melakukan perkara luar biasa kepada pasukan ini.

“Bagaimanapun individu itu tidak ada bersama kami hari ini. Lelaki itu adalah Sadio Mane,” katanya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha, pertahanan Senegal, Kalidou Koulibaly membawa pasukannya ke pusingan kalah mati selepas meledak gol kemenangan ketika menewaskan Ecuador, 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan A.

Menanti Senegal di peringkat 16 terbaik adalah England yang mara ke pusingan seterusnya selaku juara kumpulan B.

“Kami sedar ia bukan satu tugas mudah apabila beraksi di peringkat kalah mati dan ia situasi yang berbeza dari peringkat kumpulan. Semua berjaya mara ke peringkat seterusnya ialah pasukan yang bagus dan terbaik di dunia.

“Kini situasinya adalah menang atau kalah dan tiada peluang kedua. Jika anda menang, anda akan melalui, jika anda kalah, anda pulang.

Artikel Berkaitan:

“Jadi buat masa ini, kami hanya akan menumpukan pada rehat dan cergas untuk perlawanan seterusnya, ia adalah mudah seperti itu,” ujarnya.