JR RBA A FC juara Liga Sepakan Penalti Raya 2023 - Utusan Malaysia

JR RBA A FC juara Liga Sepakan Penalti Raya 2023

SEBAHAGIAN pemenang bergambar kenangan dengan jawatankuasa panganjur Pertandingan Liga Sepakan Penalti Raya 2023 di Padang Awam Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah. – UTUSAN/ABD. RAZAK OSMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASUKAN JR RBA A FC dari Terengganu berjaya membawa pulang trofi dan wang tunai RM5,000 setelah menjadi juara Pertandingan Liga Sepakan Penalti Raya 2023 berlangsung di Padang Awam Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini.

Pasukan TSL FC dari Baling, Kedah pula menangi tempat kedua menerima RM2,000 dan Pasukan JR RBA B FC dari Pulau Pinang tempat ketiga menerima RM1,000 serta pingat masing-masing.

Pertandingan anjuran Pertubuhan Perpaduan India Negeri Kedah (People Care Unit) dengan kerjasama NAN FC turut menawarkan hadiah wang tunai kepada pasukan keempat hingga kelapan.

Setiausaha pertubuhan itu, M. Sivanandan berkata, penyertaan hampir 100 pasukan dari beberapa negeri bagi menyertai liga sepakan penalti itu berjaya mengeratkan lagi hubungan baik di antara pemain-pemain bola sepak ke arah perpaduan kaum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya