India bawa pulang 244 barangan antik dicuri

India bawa pulang 244 barangan antik dicuri

MENDIANG Ratu Elizabeth II memakai mahkota yang bertahtakan berlian Kohinoor. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India berjaya membawa pulang sebanyak 244 barangan antik yang dicuri dari negara ini dalam tempoh 75 tahun sejak sebelum merdeka pada 1947.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Jitendra Singh berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 231 barangan dibawa balik dalam tempoh sembilan tahun lalu.

“Proses membawa lebih banyak barangan antik milik India perlu dilakukan pada tahap yang lebih pantas kerana perdana menteri memberikan keutamaan untuk memulihara warisan serta mencipta legasi baharu,” katanya.

Berdasarkan laporan media, pihak berkuasa India kini berkoordinasi dengan diplomat di London untuk mendapatkan kebenaran secara rasmi daripada sejumlah institusi berkaitan supaya mengembalikan artifak ke India.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Kajian Arkeologi India mengetuai usaha kerajaan negara ini untuk menuntut semua semua artifak yang dibawa keluar dari India sebelum ini.

Antara barangan yang diambil dari India sebelum merdeka adalah berlian Kohinoor, iaitu merupakan antara berlian potong terbesar di dunia, seberat 105.6 karat.

Kerajaan India mendakwa berlian Kohinoor itu akan dijadikan sebagai ‘simbol penaklukan’ dalam pameran Permata Mahkota Britain di Menara London yang bakal dibuka kepada umum akhir bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.