Dua pelajar universiti swasta lemas ketika berkelah

Dua pelajar berusia 21 tahun lemas ketika berkelah. Foto JBPM
Dua pelajar berusia 21 tahun lemas ketika berkelah. Foto JBPM
A
A
A

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Hasrat tujuh pelajar sebuah universiti swasta untuk berkelah bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas di Sungai Chiling Peretak, Kuala Kubu Bharu di sini pada Jumaat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, sebuah jentera dikerahkan sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12 tengah hari tadi.

"Seorang daripada mangsa berjaya dibawa naik oleh rakan mereka sebelum ketibaan pasukan penyelamat pada jam 12.22 tengah hari.

"Seorang lagi mangsa berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat sekitar jam 12.45," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Norazam berkata, kesemua pelajar berkenaan dipercayai tiba untuk bermandi manda di sungai kejadian pada pagi Jumaat.

Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Shaik Rahim Khan Salauddin dan Muhammad Arief Haiqal Azhan masing-masing berusia 21 tahun telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.

Artikel Berkaitan: