Diaibkan Celtic, giliran Dundee pecat Ross

Jack Ross
Jack Ross
A
A
A

KELAB sensasi Liga Perdana Scotland, Dundee United memecat pengendali Jack Ross selepas dimalukan 9-0 Celtic, kata kelab Liga Perdana Scotland itu pada Selasa.

Keputusan diambil beberapa jam setelah kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Bournemouth memecat pengendali Scott Parker selepas tewas 9-0 kepada Liverpool.

Kemenangan Celtic di Tannadice Park pada Ahad menyamai rekod kemenangan 9-0 ke atas Aberdeen pada 2010-11.

Tiga mata diraih pendahulu kendalian Ange Postecoglou itu merupakan kemenangan di laman lawan terbesar sejarah kejuaraan, mengatasi kemenangan 8-1 di Dunfermline Athletic pada 2005-06.

Dundee berkata, Ross yang mengendalikan tujuh perlawanan di Tannadice Park telah dilepaskan daripada tugasannya bersama The Tangerines berkuat kuasa serta-merta.

“Liam Fox akan mengendalikan pasukan sementara menjelang perlawanan pusingan kedua Piala Liga menentang Livingston pada Rabu,” kata kelab yang kini menghuni tangga keempat liga dari 12 pasukan.

Parker dipecat Bournemouth tiga hari selepas kekalahan ketiga berturut-turut dalam liga utama Inggeris.

Artikel Berkaitan: