Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Loke seru penyokong PH sokong calon BN pada PRN nanti
Diterbitkan:  May 22, 2023 1:54 PM
Dikemaskini: 5:54 AM

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook hari ini menyeru penyokong Pakatan Harapan (PH) untuk menyokong calon Barisan Nasional pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau berkata ia adalah satu tindakan yang logik bagi ahli mana-mana parti komponen Kerajaan Perpaduan, untuk berganding bahu ketika berkempen nanti.

“Apabila kita bekerjasama sudah tentu rakan-rakan komponen dalam sesuatu gabungan itu akan menyokong satu sama lain.

“Sama juga pemimpin PH masa berkempen pada PRN nanti juga akan meminta penyokong-penyokong kita menyokong calon Barisan Nasional, di kawasan (kerusi) PH tidak bertanding” katanya pada sidang media di lobi Bangunan Parlimen, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Maslan, Jumaat lepas, yang meminta pengundi Umno di enam negeri yang akan menghadapi PRN untuk menyokong calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.

Ahmad turut dilaporkan berkata, tindakan itu wajar dan ahli parti hendaklah mengikut disiplin parti apabila berada dalam Kerajaan Perpaduan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS