Konvensyen Perpaduan ‘bunuh’ isu tukar kerajaan, Perdana Menteri - Salahuddin

Konvensyen Perpaduan ‘bunuh’ isu tukar kerajaan, Perdana Menteri – Salahuddin

SALAHUDDIN Ayub diberi penerangan mengenai  alat timbang dan sukat terkini oleh kakitangan De Metrologi Sdn Bhd (DMSB) sempena sambutan Hari Metrologi Sedunia 2023 di Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOH NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu pertukaran kerajaan atau Perdana Menteri lagi tidak timbul malah idea itu sebenarnya sudah dikuburkan pada Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, komitmen yang ditunjukkan semua ketua parti sama ada Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) pada konvensyen itu tidak boleh dipertikai.

“Kita sebenarnya telah ‘membunuh’ isu pertukaran Perdana Menteri atau kerajaan ini dengan mengadakan konvensyen itu yang dilihat begitu berjaya. Ia juga telah menjadi saksi malah, setiap pemimpin-pemimpin parti yang berucap pada konvensyen itu telah menyatakan komitmen masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Sambutan Hari Metrologi Sedunia 2023 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pandangannya mengenai tiada cadangan oleh pihak pembangkang untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri sempena sidang Dewan Rakyat yang  bermula esok.

Katanya, jika Perikatan Nasional (PN) masih lagi mahu bermain dengan ‘game’ ini maka, esok adalah hari terbaik untuk mereka datang dan kemuka usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Salahuddin berkata, pada mesyuarat Kabinet lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keterbukaannya dan mencabar mana-mana pihak untuk mengemukakan usul undi tidak percaya itu.

Kalau ada gangguan lain esok (pada sidang Dewan Rakyat) maka saya boleh anggap ia ibarat langau-langau yang masih berterbangan mencari mangsa. Saya ingin tegaskan bahawa premis yang terbaik adalah Parlimen jika mereka ingin mencabar usul undi tidak percaya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, PN dikatakan tidak mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri untuk sesi sidang Dewan Rakyat  bermula esok.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang memaklumkan tiada mana-mana Ahli Parlimen pembangkang yang mengemukakan usul itu kepada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.