Pengenalan produk gula baharu perlu dapat kelulusan

Pengenalan produk gula baharu perlu dapat kelulusan

SYAHRUL Amiruddin menunjukkan bekalan gula yang dijual di premisnya di Kampung Batu Enam, Kuala Nerus, Terengganu. – UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebarang pengenalan produk gula baharu termasuk gula super atau gula putih premium (bungkusan hijau) di pasaran perlu mendapat kelulusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Sara Hidup (KPDN) terlebih dahulu.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara itu berikutan gula merupakan barangan kawalan berjadual sepertimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, kedua-dua syarikat MSM dan CSR mengesahkan gula gred tersebut belum dikeluarkan dan dipasarkan di Malaysia.

“Perlu ditegaskan di sini bahawa sebarang pengenalan gula baharu di pasaran perlu mendapat kelulusan daripada KPDN terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan hari ini berhubung isu penjualan produk gula itu di pasaran seperti tular di media sosial.

Pada masa sama, Salahuddin turut menasihati pengguna agar tidak keliru dengan kenyataan tular di media sosial berkenaan kenaikan harga gula putih.

Jelasnya, gula putih bertapis 1 kilogram (kg) masih mengikut harga kawalan runcit semasa iaitu RM2.85 sekilogram (gula kasar) dan RM2.95 (gula halus).

“Selain itu, penguatkuasaan operasi bersepadu Op Manis masih dipergiat sebagai salah satu kawalan di peringkat kementerian bagi mengenal pasti punca dan solusi menangani isu kekurangan gula di beberapa buah negeri baru-baru ini.

“Op Manis juga dilihat berjaya mempamerkan perkembangan positif apabila negeri mengalami gangguan bekalan gula telah pulih hampir 100 peratus,” katanya.

Beliau turut memberitahu, dua buah syarikat utama mengeluarkan gula di Malaysia iaitu MSM dan CSR membantu mengatasi isu kekurangan bekalan gula dengan menyalurkan komoditi itu kepada pemborong utama mereka di negeri terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya