Gangguan bekalan elektrik, air Sabah semakin kritikal-Ronald

Gangguan bekalan elektrik, air Sabah semakin kritikal-Ronald

SEBUAH pusat beli belah di Kota Kinabalu dalam keadaan gelap-gelita semasa gangguan bekalan elektrik semalam-SUMBER MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri disifatkan gagal dalam menangani masalah gangguan bekalan elektrik dan air yang dilihat semakin kritikal pada masa ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, kegagalan kerajaan negeri menangani gangguan bekalan elektik dan air amat memalukan dan merosakkan imej Sabah sebagai negeri pelaburan dan pelancongan.

RONALD KIANDEE

Beliau berkata, gangguan bekalan elektrik dan air yang kritikal pada masa ini disebabkan oleh kegagalan kerajaan negeri mengurus dan mengambil tindakan yang telah dikenalpasti sejak sekian lama.

Ahli Parlimen Beluran itu berkata, jika sebelum ini masalah ini hanya berlaku di kawasan luar bandar tetapi sejak kebelakangan ini gangguan sering berlaku di bandar-bandar termasuk ibu negeri Kota Kinabalu.

Malah lebih serius lagi beberapa hari lalu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu juga tidak terkecuali dari mengalami gangguan bekalan air.

Kegagalan kerajaan negeri menangani masalah ini mengecewakan dan bertentangan dengan hasrat kerajaan seperti yang digariskan dalam teras Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu untuk memberi fokus kepada pertumbuhan ekonomi dan mengutamakan pembangunan infrastruktur.

“Kerajaan negeri sepatutnya mempunyai perancangan yang baik untuk mengatasi masalah yang mengganggu ketidakselesaan rakyat di negeri ini.

“Rakyat Sabah tentu ingin melihat kerajaan Madani (Persekutuan) dan kerajaan Sabah Maju Jaya ini lebih prihatin dan mengambil tindakan berkesan untuk menangani masalah yang mengganggu ketidakselesaan rakyat di negeri ini.

“Rakyat Sabah tentu ingin melihat kerajaan Madani (Persekutuan) dan kerajaan Sabah Maju Jaya ini lebih prihatin dan mengambil tindakan berkesan untuk menangani masalah gangguan bekalan elektrik dan air di Sabah ketika ini,” katanya. –utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya