Polis kesan pemandu Axia lawan arus

Polis sedang mengesan prmandu sebuah Perodua Viva yang didapati memandu secara melawan arus menerusi rakaman video tular pada Isnin.
Polis sedang mengesan prmandu sebuah Perodua Viva yang didapati memandu secara melawan arus menerusi rakaman video tular pada Isnin.
A
A
A

PETALING JAYA - Pemandu sebuah Perodua Axia dikesan polis selepas tindakannya memandu secara melawan arus di Jalan SS 4 di sini tular menerusi rakaman video pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video yang dipercayai diambil daripada kamera papan pemuka sebuah kenderaan di lokasi kejadian dikesan tular di media sosial kira-kira jam 9.30 pagi.

"Pemandu kenderaan jenis Perodua Axia itu dikesan dan diminta tampil untuk siasatan berkaitan kejadian tersebut.

"Selain itu, pihak polis turut memohon pemilik rakaman video berkenaan agar turut tampil ke IPD Petaling Jaya untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, tindakan tegas akan dikenakan terhadap pihak yang terlibat dalam kejadian tersebut.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Petaling Jaya Sarjan Mohd Rohaize Abd Aziz di talian 017-3399415," katanya.