Lelaki ditahan curi seluar dalam wanita

Dua pakaian dalam wanita yang dicuri lelaki terbabit di sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Dua pakaian dalam wanita yang dicuri lelaki terbabit di sebuah rumah di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Akibat kemaruk seks, seorang lelaki warga tempatan ditahan polis kerana menceroboh dan mencuri seluar dalam wanita di sebuah rumah di daerah ini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 6.44 petang dan pihaknya telah membuat satu tangkapan sekitar jam 8.27 malam pada hari sama laporan dibuat.

"Tangkapan melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 44 tahun di daerah Petaling Jaya dan turut merampas dua helai seluar dalam wanita bagi membantu siasatan.

"Hasil siasatan mendapati suspek bekerja dengan pakciknya sebagai kontraktor membuat rumah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh kawasan rumah dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Menurutnya, suspek akan dihadapkan ke mahkamah esok untuk dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.