Soul dan Grunge Chopper Fest bantu usahawan PKS

Soul dan Grunge Chopper Fest bantu usahawan PKS

NORAZIDIN SHARIFFUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Soul & Grunge Chopper Fest 2023 (SGCF 2023) membantu usahawan kecil dan sederhana (PKS) berniaga dan menambah pendapatan dalam acara komuniti motosikal berkuasa tinggi dan klasik.

Pengarah program itu, Norazidin Sharifuddin berkata, program yang pertama kalinya diadakan di Selangor ini merupakan platform efektif dan berkesan untuk mempromosikan produk-produk dan perkhidmatan usahawan PKS.

“Sebanyak 120 ruang niaga ditawarkan kepada usahawan PKS, pusat tahfiz dan ibu tunggal yang dibahagikan kepada kategori seperti pakaian, makanan dan aksesori motosikal sebagai platform untuk berniaga dan menambahkan pendapatan serta meningkat ekonomi mereka.

“Kami juga membuka peluang kepada golongan asnaf yang ingin berniaga bagi menyara kehidupan. Setakat ini kami mengenal pasti beberapa peniaga untuk diberikan ruang niaga percuma tanpa sebarang bayaran, diharapkan peluang ini dapat membantu mereka menambah pendapatan,” katanya.

Tambahnya, perbagai acara menarik disediakan, antaranya pertandingan motorsikal cantik dan ubah suai yang dibahagikan kepada enam kategori dan menawarkan hadiah berjumlah RM30,000.

Selain acara permotoran, program turut dimeriahkan dengan persembahan artis popular tanah air iaitu Hazama, Mus May dan persembahan istimewa kumpulan Subculture yang menampilkan anggota asal selepas 30 tahun tidak beraksi secara live.

Sementara itu, usahawan selebriti dan juga Pengerusi Bakti Kasih Malaysia, Wak Doyok menyatakan rasa teruja kerana dapat bersama-sama menjayakan program ini.

“Sebagai tanda sokongan komuniti motosikal berkuasa tinggi dan klasik termasuk Harley Davidson, Royal Enfield, Triumph dan Vespa dari seluruh negara akan berkumpul bersama memeriahkan program ini disamping membantu usahawan-usahawan setempat menjana pendapatan,” ujarnya.

Beliau berkata, program ini bukan sahaja dikunjungi penggemar motorsikal dari seluruh negara, malah bakal dikunjungi masyarakat berbilang kaum tanpa mengira usia dan tahap pendapatan dari sekitar Shah Alam dan Selangor.

SGCF 2023 ini merupakan anjuran Eighteen June Pictures dengan kerjasama Bakti Kasih Malaysia yang akan berlangsung selama dua hari bermula 10 dan 11 Jun dan akan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya