Wan Saiful tak jadi tanding di Tasek Gelugor?

Wan Saiful
Wan Saiful
A
A
A

GEORGETOWN - Perikatan Nasional (PN) dikatakan masih belum selesai membuat ketetapan siapakah yang akan dipilih sebagai calon bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor walaupun Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan dilihat mula 'turun padang' di kawasan itu.

Menurut sumber, melalui perbincangan terkini, PN menagih khidmat beliau untuk membantu calon-calon di kawasan tumpuan yang dijangka dapat memenangi puluhan kerusi Parlimen.

Ini kerana, semasa Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka dan Johor, Wan Saiful mengepalai jentera kempen seluruh negeri dan kini kebolehan beliau pastinya ditagih kembali untuk mengatur strategi bagi menarik pengundi terutama di kawasan tumpuan dalam PRU15 ini.

Sinar Harian difahamkan, antara nama yang akan menggantikan Wan Saiful di Tasek Gelugor ialah Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pulau Pinang, Zulkifli Bakar.

Menurut sumber, PN juga dikatakan sanggup mengorbankan kerusi Tasek Gelugor demi memastikan perikatan itu boleh memenangi kerusi-kerusi lain seluruh negara.

Wan Saiful dipercayai telah kembali ke Kuala Lumpur dan sedang berbincang dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin mengenai peranan beliau dalam Bilik Gerakan Utama PN.

PN bakal mengumumkan senarai calon bertanding dalam PRU-15 malam esok yang akan diumumkan oleh Muhyiddin di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), kira-kira jam 8 malam.

Artikel Berkaitan: