Ibu mentua Saifuddin Nasution meninggal dunia

Allahyarham Kamariah - Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail
Allahyarham Kamariah - Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail
A
A
A

SHAH ALAM - Ibu mentua kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Kamariah Yusuf meninggal dunia pada Isnin.

Berita pemergian tersebut dikongsikan oleh Saifuddin yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi hantaran di Facebooknya.

"Keluarga kami mendapat khabar duka di atas pemergian ibu mentua saya, Allahyarham Kamariah Yusuf baru sebentar tadi. Allahyarham meninggal dunia pada usia 81 tahun.

"Mohon sedekahkan Al-Fatihah serta doa moga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan dosa, diterima amalan dan ditempatkan di syurga bersama orang beriman, insya-ALLAH," katanya pada Isnin.