PRU15: Warisan tanding kurang 30 kerusi di Semenanjung

Mohd Shafie ketika ditemui pemberita selepas hadir majlis makan malam 'Reset' Sabah, di Dewan Hakka, Likas.
Mohd Shafie ketika ditemui pemberita selepas hadir majlis makan malam 'Reset' Sabah, di Dewan Hakka, Likas.
A
A
A
KOTA KINABALU - Parti Warisan (Warisan) dijangka bertanding kurang daripada 30 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Semenanjung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, calon yang akan ditampilkan Warisan bukan saja mempunyai kelayakan malah boleh bersuara di Parlimen.

"Esok (hari ini) saya akan ke Kuala Lumpur untuk umumkan calon pada Selasa untuk kerusi di Kedah, Perlis, Kuala Lumpur.

"Tidak lebih 30 kerusi Parlimen dan Perlis kita ada (calon) DUN dan kawasan lain juga ada (calon) DUN," katanya selepas hadir pada majlis makan malam 'Reset' Sabah, di Dewan Hakka, Likas di sini pada malam Ahad.

Dalam majlis itu, beliau turut mengumumkan tiga calon muda bagi merebut kerusi Parlimen Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau pada PRU15.

Ditanya adakah calon muda lain akan menyusul dalam senarai Warisan, penyandang Parlimen Semporna itu berkata, ia akan diumumkan pada Khamis ini.

"Ada lagi (calon muda) untuk luar bandar, graduan. Tunggu 3 November saya akan umumkan untuk semua calon Warisan yang ada di seluruh negara," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai peluang untuk bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS), beliau tidak pernah menutup pintu kerjasama, namun kecewa apabila Warisan digelar sebagai parti pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Saya tidak pernah tutup kalau ada kerjasama, tapi janganlah sebut kami punya parti PATI. Kalau tolak pun, tolaklah, tidak apa.
Artikel Berkaitan:


"Tapi janganlah sebut, tidak apa kita cuma beritahu kami mahu bersatu sebab saya sudah lihat Cina kita ada sokongan, pantai timur kita ada sokongan dan saya melihat PBS itu Kadazan, Dusun, Murut (KDM) punya parti yang sudah pernah memerintah Sabah.

"Jadi saya mahu satukan rakyat di negara ini dan kita mula dengan Sabah, itu tujuan saya," katanya.