Semat semangat juang pahlawan, cinta pada negara: PM

Ismail Sabri bersama Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin hadir pada istiadat perbarisan sempena sambutan Hari Pahlawan 2022 di Dataran Pahlawan Negara, pada Ahad. Hadir sama, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad mengajak Keluarga Malaysia untuk menyemat semangat juang pahlawan dan cinta kepada negara sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini.

Menerusi catatan di laman Facebook, beliau mengingatkan rakyat negara ini tentang perjuangan dan pengorbanan yang dicurahkan barisan pahlawan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air.

"Tanggal 31 Julai, negara kita menyambut Hari Pahlawan bagi memperingati perajurit negara dan mengenang jasa semua pasukan keselamatan tidak kira tentera atau polis sebelum dan selepas Malaysia merdeka.

"Perjuangan mereka begitu besar sehingga sanggup mengorbankan nyawa ke titisan darah terakhir bagi tanah air yang tercinta. Selamat menyambut Hari Pahlawan 2022,” katanya. - Bernama