GUA MUSANG: Keseronokan empat sekeluarga bercuti di Kota Bharu berakhir tragedi apabila pasangan suami isteri maut selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan treler di Kilometer 3 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Utama, di sini, semalam. Kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu berlaku ketika pemandu kenderaan Perodua Myvi, Muhammad Syamie Farhan Adnan, 25, dan isterinya, Nurul Syafika Anis Zulkifli, 26, bersama dua anak pasangan itu dalam perjalanan pulang ke rumah…